KOS PEMURATAAN
Antara masalah yang sering peniaga emas dan penyimpan emas lalui adalah harga emas yang terlalu cepat berubah.
Kalau naik, tiba-tiba terus naik sehingga mencecah RM7/gram.
Begitu juga kalau harga jatuh, tiba-tiba jatuh tergolek.
Masalah yang utama adalah kita pening menunggu waktu bila boleh dapatkan harga terendah.
Contoh pagi tadi beli stok pada harga RM193. Tiba-tiba seminit lepas beli, harga menjunam jatuh tergolek golek contoh menjadi RM183.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Ini adalah salah satu cara yang memang digunakan dalam perniagaan emas selain dari belajar fundemental dan technical analysis. Kita panggil "COST AVERAGING"
Peniaga emas akan hadapi kenaikan dan penurunan harga emas setiap minit.
Contoh dibawah adalah kiraan cost averaging secara bulanan.
Sebagai peniaga emas, kos averaging sangat lah penting. Ambil peluang restock jika harga sedang jatuh.
Macam mana nak kira ??
Contoh:
Feb: buy 1g - RM186
March: buy 1g - RM187
April: buy 1g - RM191
May: buy 1g - RM183 x 2
June : buy 1g - RM182 x 2
July : buy 1 gram - RM190
Ogos : buy 1gram - RM185
Sept : buy 1 gram - RM190
Kos averaging = campur semua harga yg dibeli dan bahagi 10
186+187+191+(183x2 ) + (182x 2) + 190 + 185 + 190 = RM1859 utk dapat dan keluarkan dari GAP 10gram bermakna dia beli 10gram tu dengan harga RM1859
Ianya lebih baik dari anda beli 10gram seketul pada harga RM1900 dan dah tak beli2 selama setahun kan...
Jadi beli secara istiqamah setiap bulan itu lebih baik dari beli seketul dan tak beli -beli dah selama setahun. Masa harga murah tu tambah la lebih sikit gram nya.
Jadi, bila ada sudah nampak purata kos keseluruhan pembelian anda barulah anda tak berkira-kira untuk beli dan simpan walaupun harga tinggi.
Ini utk orang yg berpendapatan sederhana utk mengumpul emas. Kalau yg mampu boleh aja beli yg 100gram ke atas secara retail jika berkemampuan.
Faham? Semoga bermanfaat
0 Response to "Kos Pemurataan "
Post a Comment